Sunday, April 3, 2011

Sesi Pengenalan : Pokok Belian


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Untuk permulaan dan pengenalan, eloklah kita mengetahui apa itu pokok belian.
Disini saya sertakan artikel yang di `copy paste` dari Wikipedia :)

Artikel :

Pokok Belian merupakan sejenis pokok kayu keras, nama saintifiknya Eusideroxylon zwaggen. Ia merupakan pokok yang lambat tumbuh membesar dan bukan dipterokarpa.

Kayu Belian (Eusideroxylon zwageri), spesies balak Malaysia Timur, tahan secara semulajadi disebabkan ciri-ciri anatomi uniknya dan kandungan hasilan yang tinggi. Kayunya mampu tahan dedahan kepada tanah dan keadaan lain tanpa kehilangan kekuatan yang jelas. Beberapa tiang eletrik Belian yang diuji di Sarawak menunjukkan hanya reput permukaan pada garis tanah selepas 20 tahun. Ujian menggunakan mikroskop elektron ("Transmission electron microscopy (TEM)") menunjukkan kehadiran rongga reput lembut pada dinding fiber. In addition to soft rot attack of secondary walls, in severely decayed tissues, other areas of fibre walls, including the highly lignified middle lamellae, were also degraded. Bacteria were also abundant in these cells, suggesting that disintegration of wood tissues at the surface could result from a combined action of soft rot fungi and wood degrading bacteria.

Jadi dapat kita fahami kayu belian ini tersangatlah keras. Susah nak reput dan kalau anai-anai gigit pun, patah gigi dia ( hehe ). Pengalaman saya disini ( Sarawak ), kayu-kayu ini digunakan untuk membuat lantai rumah dan tiang serta dinding rumah dan juga atap rumah.

Pokok ini juga adalah pokok rasmi Negeri Sarawak. sekali lagi copy paste wikipedia :)

Pokok Belian, atau pokok besi, merupakan pokok rasmi negeri yang bertuah ini. Pokok ini tumbuh sehingga 100 kaki lebih, dengan diameter batang pokok mencapai 36 inci.

Kayu Belian, juga dipanggil Kayu Besi Borneo Wood (oleh kerana kekerasan yang mengagumkan) tidak mudah reput dan amatlah berharga dalam bidang pembinaan, telefon and tiang elektrik. Belian sangat disukai dalam penggunaan tempatan atau pengekspotan.

Pokok Belian adalah spesis pokok yang tumbuh dengan perlahan. Ia mengambil masa beberapa ratus tahun untuk mencapai tahap dewasa. Oleh itu, penjagaan spesis ini tergantung pada pemulihan dan penanaman kerajaan.



No comments:

Post a Comment